Monday, August 9, 2010

Aku sekadar senyum melihat kemesraannya dengan Adira. Adam menunjukkan riak muka tidak puas hati melihat senyumanku. Pasti hatinya terbakar melihat ketidakcemburuan aku terhadap kemesraannya dengan Adira. Acap kali dia cuba membuat ku cemburu dengan rakan-rakan perempuannya yang lain, namun tidak pernah sekali ku tunjukkan rasa cemburu ku ini. Cemburu, amarah, sedih dan bengang melihat dia bermesra dengan perempuan lain ku pendamkan sahaja dalam hatiku ini, walau betapa sakitnya hati aku, aku tetap lontarkan senyuman.

Bukan aku tidak punya perasaan apa-apa terhadap Adam. Aku amat sayangkan insan bernama Adam. Aku masih ingat kali pertama kami bertemu, sungguh lucu sekali. Pada waktu itu, bulan puasa. Aku terlibat sebagai AJK pertandingan debat manakala Adam merupakan salah satu ahli pasukan debat yang harus kumpulan kami uruskan. Yang anehnya, aku masih belum lihat wajah Adam. Jadual pada hari itu amat padat. Pertandingan pada hari itu berakhir hampir dengan waktu untuk berbuka puasa, jadi, penasihat kelab kami, Cik Aina membawa kami semua berbuka puasa di luar. Mahu tidak mahu, aku turutkan sahaja, memandangkan hanya tinggal setengah jam sahaja lagi untuk berbuka puasa.

Kami masuk ke dalam sebuah restoran di tepi pantai. Pemandangannya sungguh indah sekali. Pada waktu ini, cuma Cik Aina, aku bersama dengan dua orang rakan lagi, Syira dan Maya yang sudah tiba. Sementara itu, Adam bersama dengan Ikmal dan Adira yang mewakili pasukan debat Fakulti Perakaunan masih belum tiba. Mereka menaiki kenderaan sendiri, Ikmal yang memandu.

Setelah selesai memesan makanan, aku meminta diri untuk ke tandas sebentar. Aku segera berjalan ke arah tandas. Aku lihat dari jauh Ikmal dan Adira sudah tiba. Aku melambai ke arah mereka. Secara tiba-tiba, seorang lelaki datang menghampiriku dan bersuara.
"kak, saya nak order nasi putih 3, ikan siakap saiz sederhana masak 3 rasa dua ekor, jus tembikai satu, jus oren satu dengan jus carrot susu satu, hantar di meja yg paling hujung sekali ye? terima kasih kak.. ".

Aku melihat sekeliling. Hairan.  'Die cakap dengan aku ke?'. Lelaki tersebut bersuara sekali lagi, "kak.. dengar tak? saya order ni, nak buka puasa kejap lagi.. meja hujung sekali tu ye?".

Sah. Dia mengganggap aku pelayan di situ, tidak dinafikan aku memakai baju berwarna putih pada hari itu, yang warnanya sama dengan pelayan2 di situ.
Aku pun berkata, "err.. saya bukan waitress, awak order kat sana ye, tumpang lalu..", aku terus meninggalkannya terpinga-pinga di situ.

Setelah selesai urusanku di tandas, aku segera menuju ke meja makan kami. Ku lihat bilangan kami sudah makin bertambah. Makanan juga sudah sedia terhidang di atas meja. Aku terlihat satu susuk tubuh lelaki yang seperti pernah ku lihat, sebentar tadi. Tempat duduknya betul2 menghadap aku. Aku hairan, siapakah dia? Tak mungkin lelaki tadi. Atau benarkah dia?

AH! Itu memang lelaki yang memesan makanan padaku sebentar tadi. Aku terkejut. Dia turut memberikan reaksi yang sama. Maya yang sedar akan keadaan itu, bersuara.

"Kenapa korang ni? Terkejut tengok diri masing2?"

Dia mengedipkan mata. Aku masih terpinga-pinga. Tiba-tiba Cik Aina bersuara.

"Ha, duduk cepat Maira, dah nak buka azan tu.. Adam nanti bacakan doa buka puasa ya?"

Oh, inikah Adam? Baru aku tahu. Boleh tahan, hehe.. Aku segera mengambil tempat duduk. tiba-tiba teringat dia memanggil ku sebentar tadi dengan gelaran 'kak'. Tua sangat ke rupa aku? Adam juga masih terpinga-pinga. tiba-tiba dia tersenyum, lalu menggelengkan kepalanya. Comel :)
 DIa memandangku. AKu sekadar tersenyum.


---------------------bersambung--------------------------------

*dah lost idea..haha.. sebarang cadangan, diterima, hehe~

No comments:

Post a Comment