Thursday, August 12, 2010

Kami semua sepakat untuk menunaikan solat Maghrib di surau yang berdekatan dengan restoran itu. Kemudian, berjalan-jalan sebentar di pantai. Sayang sungguh tak dapat sama-sama solat terawih di kampus. Boleh tahan ramai juga yang berbuka puasa di restoran di tepi pantai ini. Surau yang kecil itu pun penuh. Kami terpaksa bergilir-gilir untuk solat. Aku menjadi orang pertama yang menunaikan solat Maghrib. Agak tidak selesa kerana terlalu ramai sehingga terpaksa berhimpit-himpit.

Selesai menunaikan solat, aku keluar dan duduk di sebuah pondok yang berdekatan dengan surau dan dari situ aku dapat lihat pemandangan pantai yang begitu indah, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Syira serta Adira menyapa aku, sementara Cik Aina dan Maya masuk untuk menunaikan solat.

"Sedapnye makanan tadi.. Kenyang sangat! Nasib baik Cik Aina belanja, kan?", kata Syira.

"Untunglah kita masuk debat ni kan? hehe.. Lecturer blanja buka puasa.. ", balas Adira.

"Betul2.. jarang sangat dapat peluang macam ni.. ", ujarku.

Aku terus duduk di atas batu yang bersebelahan dengan pondok itu sambil mengikat tali kasut ku. Tidak lama kemudian, satu suara memberi salam.

"Assalamualaikum.. ", Adam memberi salam.

Di belakangnya, ada Ikmal. Kami sama-sama menjawab salam. Tidak lama kemudian, Adira menyapa Adam.

"Adam, dah solat ke?", tanya Adira.

"Ye, sudah, dengan Ikmal skali.. Dira?", balas Adam pula.

"Belum lagi, tunggu Cik Aina dengan Maya dulu.. Die sorang je yang dah solat..", kata Adira sambil menunjuk ke arah aku.

Aku sekadar senyum.

"Adam..nanti bawak Dira pergi bandar tau? Banyak lah barang yang Dira nak beli, teman Dira ye nanti?", ujar Adira dengan nada yang agak manja.

Syira menunjukkan riak muka yang kurang menyenangkan. Tiba-tiba Ikmal menyampuk.

"Eh, Dira.. Pergi dengan kawan perempuan lain tak boleh ke? Sikit2 Adam, sikit2 Adam, kau ingat Adam driver kau ke? Macam boyfriend die pulak.. ", ujar Ikmal sambil tersengih-sengih.

"Alah.. Mal.. Kau jealous ke? Aku tak ajak kau? Biarlah.. Adam tak marah pun, kan?", balas Adira sambil memandang Adam.

"Sudah lah, korang ni, aku ok je.. Tak apa, nanti Adam temankan. ",balas Adam ringkas.

Aku dan Syira sekadar diam sahaja kerana kami tidak sama fakulti, dalam pertandingan debat inilah kami kenal antara satu sama lain. Cuma, aku sudah lama kenal Ikmal. Kami berkenalan kerana sama-sama melibatkan diri dalam BSMM.

"Eh, acik! Lama nye ikat tali kasut, kau gigit ke ape?", Ikmal mula mengusik aku.

"Suke hati akulah nak gigit ke, ape ke.. tak kacau kau pun Encik Ikmal.. ", balasku spontan.

"Membongkok lama-lama, nanti tak sempat tua, dah bongkok tiga..haha", balas Ikmal sambil ketawa.

Syira turut ketawa. Aku cuma boleh buat muka marah. Nak sahaja aku ketuk2 kepala Ikmal dengan beg aku tu. Ada saja bahan dia nak kacau aku, Ikmal ni.

Aku mengajak Syira berjalan ke pantai. Ikmal menyampuk.

"Alamak, merajuk pulak cik Maira.. Jangan begitu, aku gurau-gurau jelah.. sensitif betul.. ", ujar Ikmal.

"Diamlah kau.. Aku baling batu ni baru tau.. ", balasku sambil menunjuk ke arah batu tempat aku duduk tadi.

"Larat ke nak angkat? Batu pun lagi besar daripada kau, berat maybe sama lah kot.. hik2.. Peace.. ", ujar Ikmal sambil menunjukkan 'peace' dgn tangannya tu.

Syira, Adira mahupun Adam. Mereka semua ketawa. Ikmal apatah lagi. Macam orang gila ketawa.

"Ikmal! Kau ni, agak-agaklah.. kesian Maira..haha.. ", ujar Syira cuba menyokongku.

Namun tawanya masih tidak henti. Huh..ape da punye kawan..
Aku terus berjalan ke pantai seorang diri. Sejujurnya, aku tidak kisah dengan gurauan sebegitu. Cuma, ya..kadang-kadang, aku suka buat-buat merajuk, buat-buat marah, kelakar lihat gelagat mereka pujuk aku nanti. :D

Terdengar Syira, Adira dan Ikmal memanggil namaku, namun aku pedulikan sahaja. Aku duduk di sebuah batang kayu yang agak besar di situ. Sungguh nyaman angin di pantai itu. Aku melihat ke arah pantai, indah sekali. Kadangkala, ombak menghembuskan pantai.. Sedang aku asyik melihat keindahan alam itu, tiba-tiba...

"OOOO mak kau!!!! ", latah ku.

Ikmal ketawa terbahak-bahak. Kurang asam punye mamat! Die campakkan kepada aku daun kering yang membalut batu kecil. Terkejut aku dibuatnya.

"Ikmal!!!", jeritku.

Tidak dapat ku tahan lagi geramku ini. Aku baling semula daun itu kepada Ikmal, dia mengelak, sambil menjerit2..

"mak aku kat rumah..haha"

"Kau kan.. Gugur jantung aku! jangan buat aku terkejut lagi boleh tak? Dah la, banyak dosa dgn aku, nanti aku keras kat sini, tukar jadi pontianak, malam-malam, mengilai kat kau! ", ujarku geram.

"Ooo..ok2.. Janganlah marah, aku gurau2 je.. SOri ok..dah2.. Aku bukan ap..", Ikmal tak sempat menghabiskan ayatnya.

"AH ! Naik lorilah.. ", balasku.

"Memang aku nak naik, pakcik aku pinjam..tu yang aku bawak kancil je tadi, haha", balasnya sambil ketawa lagi.

Sakitnya hati aku... -.-
AKu memandang Ikmal, tajam.

"Ok2.. sori2.. dah2.. tak kacau dah.. Sori ok.. Janganlah tension2..rileks.. ", ujar Ikmal, kali ini dengan nada yang benar-benar serius.

Dan aku tahu, kali ini dia benar-benar maksudkannya. Aku cuma senyum.
Sekali lagi dia bersuara.

"Kau dengan kakak kau dah ok?", tanya Ikmal.

Aku pernah menceritakan padanya tentang konflik antara aku dan kakak sulungku. Baru-baru ini, ibu dan abah memberitahu satu berita yang mengejutkan, iaitu kakak aku adalah anak angkat dan aku  adalah anak kandung. Gara-gara ini, kakakku bertengkar denganku.

"Belum lagilah Mal.. Aku dah minta maaf, tapi.. entahlah.. Lain kali kita cakap hal ni ok? ", balas ku.

"Ok.. aku pergi sana dulu, ajak yang lain-lain.. ", ujar Ikmal mengerti aku tidak ingin teruskan perbualan.

Aku mengangguk.

"Ni, amik ni, lepas ni, kalau ade orang kacau kau, sambil-sambil melatah, baling je skali batu ni.. haha", ujar Ikmal lagi sambil menghulurkan kepadaku batu yang berbalut daun kering tadi.

"MAL!", jeritku.

"Ok2.. ", balas Ikmal lalu pergi.

Keadaan kembali senyap. Tenang. Aku sekali lagi asyik dengan keindahan pantai pada malam itu.

"Awak..", satu suara menyapa tiba-tiba membuatkan aku terkejut.

"OOOOO, mak kau!", latah ku sambil terbaling batu tadi tepat ke muka insan yang menegurku.

"ADAM!!!"

No comments:

Post a Comment